Teknik Al-Baghdadi



Teknik Al-Baghdadi adalah satu lagi teknik baru yang diolah bagi memudahkan setiap lapisan masyarakat mempelajari ASAS al-Quran. Set Buku Teknik Al-Baghdadi menggunakan sistem Struktur, Analisa & Sintesis atau SAS, padat dan ringkas serta kreatif melalui penemuan Alat Bantuan Mengajar atau ABM yang dinamakan sebagai ALAT KETUK. Alat Ketuk ini dipercayai boleh menarik minat anak-anak amnya untuk belajar Al-Quran dengan cara yang lebih menyeronokkan serta merangsang kreativiti.


Al-Baghdadi Di MHI,TV3


Sedutan Al-Baghdadi di Malaysia Hari Ini (MHI) , TV3 bersama pengasas teknik Al-Baghdadi ini iaitu Ustaz Jalaluddin Hassanuddin Al-Baghdadi serta adik Soffiah, 5 tahun yang kini telah Khatam Al-Quran menggunakan teknik ini.