Thursday, 10 March 2016






video

Alhamdulillah dan SYABAS!
 
Anda kini berada di laman Pusat Pembelajaran Siri  Mudah Belajar & Mengajar Al-Quran Teknik Al-Baghdadi iaitu sebuah  pusat pengajian Al-Quran Teknik Al-Baghdadi yang diikhtiraf oleh Al-Baghdadi Method Sdn Bhd untuk menjalankan program-program Belajar Al-Quran Teknik Al-Baghdadi. Pusat Pembelajaran ini ditubuhkan pada bulan Julai 2011. Setakat ini alhamdulillah kami telah mengendalikan  lebih dari 20 kelas  KELAB AL-BAGHDADI, iaitu kelas untuk dewasa & remaja.
Al Baghdadi Method Sdn. Bhd. secara rasminya telah diiktiraf oleh The Malaysia Book Of Records sebagai Largest Quranic Learning Centre ( Pusat Pembelajaran Al Quran Terbesar) setelah memiliki sebanyak 13 buah rangkaian ATC dan 601 buah ALC diseluruh Malaysia dalam tempoh tiga tahun.

Perkembangan menarik ini telah menyuntik semangat para pendokong dan pendidik Teknik Al Baghdadi untuk terus mendidik anak bangsa diseluruh Malaysia untuk mempelajari al-Quran. Usaha berterusan ini diharap  dapat membantu mengurangkan kadar buta al-Quran di kalangan masyarakat yang dilihat semakin membimbangkan dengan pendedahan kajian-kajian ilmiah yang telah dibuat oleh para pengkaji dari  beberapa buah institusi pengajian tinggi awam.

Sekiranya ANDA memenuhi kategori diatas tadi, maka anda kini berada di tempat TEPAT!

Teruskan langkah ANDA kerana setiap langkah anda itu akan membuka satu lembaran baru untuk ANDA selagi mana anda ingin berubah!





Tidak Sampai 100 Hari Lagi Ramadhan Akan Datang Lagi! 
Semuga Allah swt Memberi Rezeki  Umur Serta Kesihatan 
Kepada Kita Untuk Bersama Dalam Bulan Yang Penuh 
Dengan Keberkatan.

Kini, tidak sampai 100 hari lagi Ramadhan yakni bulan yang penuh dengan keberkatan akan berkunjung lagi. Apakah maknanya itu? Ini bermakna kita perlu persiapkan diri kita menjelang ketibaan bulan tersebut agar kita dapat pertingkatkan lagi prestasi ibadat kita berbanding dengan Ramadhan yang lepas. Mari kita sama-sama mengimbas kembali, sejauh manakah kualiti ibadat kita tahun lepas terutamanya ibadat membaca Al-Quran yang mana kita semua ketahui bahawa bulan Ramadhan adalah bulan diturunkan Al-Quran yang membawa rahmat kepada sekelian alam. Maka ayuh, kita sama-sama mempersiapkan diri kita kali ini dengan lebih baik sambil berdoa agar Allah swt memanjangkan umur serta diberi kesihatan untuk bertemu Ramadhan...

Baik, untuk itu, langkah yang pertama yang anda perlu buat ialah hadhirkan diri ke PREVIEW PERCUMA tersebut sebelum anda mendaftar ke kelas-kelas mengaji Al-Quran yang kami tawarkan dengan kaedah belajar membaca Al-Quran dengan TEKNIK AL-BAGHDADI!

Kini, pendaftaran untuk Sesi TERAKHIR sebelum RAMADHAN 1437/2016 sedang dibuka. Daftarlah nama anda dan hadiri PREVIEW PERCUMA kami yang tersebut. 

Jangan lepaskan peluang!


Atau anda terus mendaftar untuk Sesi Bulan MARCH, 2016!



Anda boleh daftar dengan SMS  ke 012 2092 253 seperti berikut :   
< NAMA> <DD>
Contoh : GHAZALI OTHMAN  DD  TMD untuk ALC Damansara Damai

<TMD> untuk ASAS AL-QURAN
<TWJ> untuk TAJWID ASAS
<TLQ> untuk TALAQI AL-QURAN

SMS SEKARANG KE 012 2092 253!!



Kaedah bertalaqi Al-Quran bersama Guru Al-Hafiz dibuka untuk  semua masyarakat dan keutamaan adalah kepada ahli-ahli Kelab Al-Baghdadi yang telah menyelesaikan Tahap Satu (Tamhid Al-Baghdadi) dan Tahap Dua (Tajwid Kaedah Al-Baghdadi). 

Kaedah bertalaqi adalah dimana Guru akan membaca dan pelajar atau murid akan mengikut bacaan guru berkenaan. Kelas ini diadakan SATU kali seminggu selama 2 jam setiap sesi yakni setiap hari KHAMIS ATAU JUMAAT  (pilih salah satu) bermula 5hb NOVEMBER, 2014,  


Anda boleh daftar dengan SMS  ke 012 2092253 atau 012 4442253 seperti berikut :   < NAMA> < TLQ> 
Contoh : GHAZALI OTHMAN TLQ




PROGRAM TERKINI
 YANG HANGAT DIPERKATAKAN



TERUSKAN PEMBACAAN ANDA 
MENGENAI TEKNIK INI KERANA PASTINYA ADA KELAINAN..

Pembelajaran Al-Quran melalui teknik Al-Baghdadi adalah satu teknik yang di ilhamkan oleh Ustaz Jalaluddin Al-Baghdadi. Ianya adalah salah SATU TEKNIK yang dapat membantu umat islam yang memerlukan bagi menguasai bacaan Al-Quran dengan pendekatan yang MUDAH, INOVATIF, SISTEMATIK dalam tempoh yang singkat dan teknik ini juga membolehkan kita mengajar orang lain.

Ustaz Jalaluddin Al-Baghdadi

Teknik Al-Baghdadi serta bahan-bahan bantuan mengajar terhasil dari pengalaman beliau mengendalikan kursus kaedah Al-bargy yang diasaskan oleh Allahyarham Ustaz Muhadjir Sulthon di dalam pengajaran dan pembelajaran Al-Quran kepada guru-guru dan ibubapa diseluruh negara selama 8 tahun.

Keberkesanan teknik ini telah terbukti dengan beberapa testimoni pelajar yang telah mengikuti program khas yang dianjurkan oleh pihak Al-Baghdadi Method Sdn. Bhd.
Kini, Al-Baghdadi Learning Centre Damansara Damai & Medan Putra melalui perunding kami yang terlatih mengajak anda bersama kami sekiranya masalah anda menepati kriteria berikut:-



Ini adalah antara sebab mengapa ramai daripada kita bertangguh untuk belajar. Kini anda tidak perlu malu dan segan lagi kerana Teknik Al-Baghdadi mempunyai kaedah yang cukup mudah serta menyeronokkan dan pembelajaran dilakukan secara kumpulan. Banyak latih tubi dilakukan semasa dalam kelas yang dibuat secara kumpulan dan bukan individu jadi tiada siapa yang tahu tahap anda kecuali diri anda sendiri. Ada yang berumur lebih dari 60 tahun yang datang ke pusat kami untuk belajar. Apa yang penting ialah keinginan untuk memperbaiki diri kita dan meneruskan usaha yang telah terdetik dalam hati kita untuk belajar Al-Quran.





Satu lagi masalah yang sering kali kita hadapi dalam pembacaan Al-Quran ialah ketidak lancaran membaca dengan baik serta tartil. Masih teragak-agak dan ragu-ragu akan sebutan huruf-huruf hijhiyah serta bunyi-bunyi yang keluar darinya. Melalui teknik Al-Baghdadi ini kita akan didedahkan serta kepada 6 perkara asas dan pokok dalam pembacaan Al-Quran

Ke enam perkara asas tersebut terkandung dalam kitab TAMHID AL-BAGHDADI yang mengandungi hanya 27 halaman. 

Teknik ini juga menggunakan Alat Ketuk sebagai alat bantuan mengajar yang akan membantu para pelajar membaca dengan lancar serta tartil, InsyaAllah.




Dalam kelas Teknik Al-Baghdadi, anda tidak perlu risau kerana guru tidak akan bertanya anda tentang apa yang diajar kerana latih tubi yang banyak selama 2 jam setiap sesi pembelajaran sudah memadai untuk anda mengetahui serta mahir dalam pelajaran yang diajar masa itu serta anda sudah boleh mempraktikannya terus. Kami memberi jaminan tidak akan bertanya kepada anda secara individu.







Teknik Al-Baghdadi mempunyai keistimewaan di mana anda bukan sahaja belajar tetapi dengan menguasai teknik ini, anda akan terus dapat mengajar kepada orang lain seperti ahli keluarga anda atau pun rakan-rakan anda sebaik sahaja anda pulang dari belajar dalam pelajaran pertama lagi! Anda akan lebih cepat dapat sekiranya anda melakukan sedemikian dan anda juga secara tidak langsung mendapat manfaat dari apa yang anda pelajari.

Teknik Membaca & Mengajar AL-BAGHDADI adalah teknik atau kaedah terkini untuk belajar membaca Al-Quran yang sesuai untuk semu lapisan masyarakat yang mana ianya adalah stu teknik MUDAH, CEPAT & MENYERONOKKAN! Walaupun ianya sesuai untuk setiap golongan namun pihak ALC Damansara Damai dan Medan Putra hanya menawarkan PROGRAM KELAB AL-BAGHDADI sahaja iaitu khas untuk orang DEWASA.




AYUH! Tak perlu bertangguh lagi! Kalau mereka mampu melakukannya mengapa tidak anda. Kami percaya dan yakin anda boleh melakukannya. Anda mampu untuk membaca Al-Quran selepas ini dan anda akan terperanjat akan kebolehan anda sendiri. Apa yang penting ialah anda yakin bahawa tiada yang mustahil sekiranya kita benar-benar ikhlas untuk belajar. Setapak kira mengorak langkah kita untuk menuntut ilmu bagi mendekati diri kita kepada Allah swt. maka beberapa tapak Allah swt akan datang membantu kita. 

JOM KITA PAKAT-PAKAT BELAJAR  Al-QURAN TEKNIK AL-BAGHDADI. 
Pasti Ada Kelainan & Pasti Anda Teruja!




Muat Turun BORANG DAFTAR Ini Sekiranya Anda Ingin Mengikuti Kelas Pengajian Dan Kembalikan Kepada Kami Melalui e-mail Kami albaghdaditeknik@gmail.com untuk kami hubungi.


ATAU Anda Isikan  daftar dibawah agar kami hubungi anda secepat mungkin bagi mendapatkan keterangan lanjut dari pihak kami sebelum anda daftar masuk kelas pengajian.


* InsyaAllah, tarikh bermula setiap sesi bergantung kepada bilangan minima 10 orang pelajar. Layari laman Program ALC untuk keterangan lanjut. Jadilah yang terawal untuk mendaftar kelas sesi untuk Tahun 2013 dengan memuat turun borang yang disediakan dan email kembali kepada kami segera ke albaghdaditeknik@gmail.com  


** Untuk mendapatkan keterangan lanjut dari kami, sila daftar di laman Program ALC tersebut, InsyaAllah kami akan hubungi anda secepat mungkin.

Salam Dari Kami.



Hj. Ghazali Othman
Pengurus & Perunding Al-Baghdadi
012 2092 253
atau
Hjh. Azilah Abdullah
Penyelia & Perunding Al-Baghdadi
012 2911811

Sertai kami untuk belajar Al-Quran di:
AL-BAGHDADI LEARNING CENTRE DAMANSARA DAMAI
S063, Tingkat 2, Season Square,
Jalan PJU 10/3C,
Damansara Damai.
Petaling Jaya.